Soalan Lazim
Dapatkan maklumat lanjut melalui soalan lazim di bawah untuk bantu anda buat keputusan.
Kesemua koleksi Baju Melayu Teluk Belanga #RijalRaya2024 adalah “Ready Stock” kecuali bagi warna Brick Orange.
Tempahan bagi warna Brick Orange dibuka mulai 16.03.2024 – 24.03.2024
Bagi setiap pembelian, tempahan akan diproses bagi tujuan pengeposan dalam masa 1-2 hari.
Hanya bagi warna Brick Orange, tempahan anda akan mula diproses bagi tujuan pengeposan mulai 27.03.2024 – 29.03.2024
Bagi koleksi Baju Melayu Teluk Belanga #RijalRaya2024 kita menyediakan 9 pilihan warna untuk anda.
Untuk dewasa, anda boleh membuat pilihan saiz XS – XXL. Manakala bagi kanak-kanak, anda boleh membuat pilihan bermula 2 tahun -11 tahun.
Jenis potongan Baju Melayu Teluk Belanga ini ialah Comfortable Fit.
Model Dewasa (Berat 76 kg – & Tinggi – 183 cm) memakai Baju Melayu saiz M.
Model kanak-kanak (Berat – 27 kg & Tinggi – 135 cm) memakai Baju Melayu saiz 10/11.
Setelah menerima barang anda, anda mempunyai tempoh masa selama tujuh (7) hari untuk membuat penukaran barang.
Material yang digunakan untuk Baju Melayu Teluk Belanga ialah 100% Tetron Cotton. Materialnya tidak panas, mudah digosok dan tidak mudah berkedut.
Untuk Baju Melayu dewasa, anda boleh membuat pemilihan sampin sendiri mengikut citarasa anda ketika membuat tempahan Baju Melayu di laman sesawang ini.